top of page

KPKT umum pembinaan PPR Bestari Jaya, selesai isu tertangguh 26 tahun



Kemelut perumahan membabitkan 245 keluarga peneroka estet getah di lima ladang di Selangor sejak 1998 akhirnya selesai.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, kerajaan Persekutuan dan negeri telah berbincang mengenai isu itu dan bersetuju membina 245 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi keluarga terbabit di Bestari Jaya.


"Isu pemilikan rumah melibatkan lima estet iaitu Ladang Mary, Ladang Nigel Garder, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak ini telah berlarutan hampir 26 tahun.

"Hasil perbincangan Kerajaan Madani dengan kerajaan Selangor, kita sepakat menjayakan pembangunan perumahan bagi pekerja ladang terlibat yang dijangka memberi manfaat kepada 1,250 penduduk secara keseluruhan," katanya dalam satu sidang media di Kuala Selangor semalam.


Tambahnya, projek PPR itu juga telah mendapat kerjasama dengan pihak Berjaya Corporation Berhad melalui sumbangan tanah seluas 20 ekar di Lot 25, Ladang Sungai Tinggi, Mukim Bestari Jaya.


Projek yang bakal menelan belanja sebanyak RM75 juta itu dijangka akan siap dalam tempoh dua tahun lagi.


"PR1MA Corporation Malaysia dilantik sebagai agensi pelaksana projek itu yang membabitkan pembinaan rumah teres berkeluasan 1,200 kaki persegi dengan dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air," jelasnya.


Hadir sama, wakil Menteri Besar Selangor merangkap Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, Papparaidu Veraman dan Timbalan Ketua Setiausaha Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti, Suhaimi Ali Ahmad.


Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, PPR Bestari Jaya itu akan dinamakan sebagai PPR Harmoni Madani setelah siap kelak sebagai cerminan semangat perpaduan antara kaum dan keharmonian di negara ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page