top of page

KPKT tubuh panel penasihat khas tangani isu perumahan



Sebuah panel penasihat khas bagi menangani isu dan masalah perumahan rakyat di negara ini telah ditubuhkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).


Menterinya, Nga Kor Ming pada sidang media selepas lawatan kerja di Perak semalam berkata panel itu dianggotai 28 ahli yang pakar dalam bidang berkaitan dan diketuai oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.


"Kami sentiasa bersikap tawaduk dan rendah hati dan sudi belajar daripada pakar-pakar termasuk dalam dan luar negara.


"Kita sudi belajar daripada mana- mana pihak, mana idea yang bagus kita akan laksanakan," katanya.


Hal itu sebagai perkembangan pengumumannya sebelum ini berhubung keputusan kerajaan membawa masuk pakar daripada agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bagi berkongsi kepakaran dan mendapatkan pandangan dalam sektor pembinaan perumahan di Malaysia.


Selain Singapura, Malaysia juga ada mendapatkan pandangan daripada Korea Selatan susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan negara tersebut pada 2019.


"Pakar HDB telah datang ke negara ini pada 29 Mac lalu untuk berkongsi pendapat mereka mengenai isu perumahan awam.


"Kerajaan akan memberikan yang terbaik bagi menjaga kepentingan semua pihak termasuk Bumiputera dengan melihat kejayaan HDB membina lebih satu juta unit perumahan sosial mampu milik yang dipercayai boleh menjadi contoh buat Malaysia," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page