top of page

KPKT tambah peruntukan RM500 ribu projek di K. Terengganu



Pasar Payang di Kuala Terengganu yang dalam proses pembangunan semula dijangka akan dapat beroperasi sepenuhnya November ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerja-kerja akhir pembangunan dengan kos RM69,3 juta itu sedang dilaksanakan dan hanya terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum kompleks tersebut diserahkan pemaju kepada kerajaan negeri.


"Saya dah tinjau kerja-kerja di sini (Pasar Payang) dan hanya ada beberapa isu yang perlu diselesaikan seperti soal kecacatan sebelum diserahkan kepada kepada Kerajaan Negeri.


"Setelah kerajaan menyalurkan dana yang banyak untuk projek ini, kita harap kompleks ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan terus menjadi ikon pelancongan negeri," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Pasar Payang pada Sabtu.


Projek pembangunan semula Pasar Payang dibiayai sepenuhnya oleh dana Persekutuan bertujuan memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung, ia seterusnya merancakkan lagi sektor pelancongan Terengganu.


Apabila siap kelak, ia akan menempatkan 414 peniaga yang terlibat dalam proses pemindahan sebelum ini manakala bangunan Pasar Payang 2 yang sedang beroperasi pada masa ini akan diteruskan dengan fungsi berbeza.


Terdahulu Akmal Nasrullah melawat beberapa projek kerajaan Persekutuan termasuk Bengkel Pembuatan MyKiosk di Kampung Padang Paloh dan meninjau tahap kemajuan sistem perparitan berhampiran kawasan Perumahan Kastam ke Sekolah Kebangsaan Seri Budiman di sini.


Pada lawatan itu beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM500,000 bagi pelaksanaan 10 projek menaik taraf dan penyelenggaraan jalan raya di sekitar bandar raya Kuala Terengganu.

"Kerajaan tidak pernah membezakan mana-mana negeri dalam soal peruntukan, malah kalau dari segi keperluan seperti soal perparitan hasil lawatan tadi, walaupun sebenarnya tidak ada perancangan... KPKT dah tambah sebanyak RM680,000 peruntukan untuk tahun ini," katanya.


Beliau turut menjelaskan, kerajaan sentiasa bersedia menyalurkan bantuan bersesuaian dari masa ke masa sekiranya projek yang dianugerahkan dilaksanakan dengan baik dan menepati perancangan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page