top of page

KPKT sasar selesai 10 projek perumahan sakit setahun



Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mensasarkan untuk menyelesaikan 10 projek perumahan 'sakit' dalam setahun.


Menurut Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasir (PH - Johor Bahru) task force yang diwujudkan kementerian itu akan berusaha menyelesaikan masalah rumah terbengkalai yang telah berlarutan sejak beberapa sekian lama meski pun kerajaan telah berganti beberapa kali.


"Buat ketika ini di bawah KPKT memang kita telah wujudkan task force projek rumah sakit dan terbengkalai.


"Selain yang dibina oleh pihak swasta kita juga memantau projek yang dibina oleh agensi kerajaan


"Untuk di bawah skim PRIMA yang kita tahu ketika ini ada 18 projek yang bermasalah atau 'sedang sakit' sementara task force sekarang ini sedang mencari atau cuba mensasarkan sekurang kurangnya 10 projek diselesaikan dalam setahun.


"Yang ini kita juga lihat keadaan semasa, termasuk soal tenaga kerja dan soal kelulusan peringkat kerajaan tempatan serta utiliti," katanya dalam sesi soalan menteri di Dewan Rakyat sebelah pagi.


Selain itu, ujar Akmal, KPKT juga telah mewujudkan skim untuk membantu pembelian rumah kali pertama dengan kerjasama Kementerian Kewangan dengan mewujudkan inisitaif Pembiayaan Perumahan Malaysia atau i-Biaya.


"Dengan program di bawahnya adalah skim jaminan kredit perumahan. Iaitu pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan yang ditawar kepada golongan tidak mempunyai pendapatan tetap


"Dalam hal ini sebanyak 4,960 keluarga telah ditawarkan skim RTOPPR di seluruh negara," katanya dan menjelaskan masih berbaki sekitar 4,000 unit rumah yang belum dibeli dan masih ditawarkan kepada pemohon yang layak.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page