top of page

KPKT peruntukkan RM150j pembinaan PPR konsep baru



Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan RM150 juta bagi pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Mukim Seremban, Negeri Sembilan.


Menterinya, Nga Kor Ming berkata projek berkeluasan 18.5 hektar itu membabitkan pembinaan 700 unit rumah berkonsepkan kondominium di atas tanah milik Kerajaan Negeri dan dijangka bermula pada hujung tahun ini.


Perumahan tersebut dibina menggunakan konsep baru dengan dilengkapi lanskap semula jadi bagi tujuan riadah. Manakala setiap unit akan ditawarkan pada harga RM45,000 dengan komitmen bayaran bulanan sebanyak RM237 sebulan.


"Kesemua 48 ekar ini kita akan kekalkan sebahagian besarnya menjadi 'green lung' selaras dengan dasar kementerian untuk memupuk konsep matlamat pembangunan lestari," katanya.


Beliau sebelumnya ditemui pemberita selepas menyempurnakan penyerahan surat tawaran menduduki PPR Ladang Tanah Merah atau PPR Desa Tanjung di Port Dickson. Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Amunddin Harun.


Pada majlis tersebut seramai 94 pemohon menerima surat tawaran pemilikan rumah berkeluasan 700 kaki persegi bagi setiap unit secara Skim Sewa-untuk-Milik atau Rent- to-Own (RTO).


Projek berkenaan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM20 juta bagi 100 unit rumah termasuk fasiliti dewan serbaguna, surau, medan selera dan tadika.


PPR Desa Tanjung merupakan antara empat buah projek PPR yang telah dibangunkan di Negeri Sembilan oleh KPKT manakala tiga lagi PPR Senawang, PPR Ladang Siliau dan PPR Rantau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page