top of page

KPKT maklum arahan PM, teliti syarat untuk pemaju



Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti semula syarat yang menetapkan pemaju perumahan menyediakan rumah mampu milik di setiap projek mega.


Tindakan itu susulan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu syarat tersebut dikaji semula memandangkan berlaku ketidakpatuhan yang menyebabkan pemaju tidak mengikut jadual dan skala ditetapkan.


Menteri KPKT, Ngar Kor Ming berkata, langkah meneliti semula syarat itu salah satu inisiatif secara kolektif di antara kerajaan dengan pemaju perumahan.


"Ini kerana setiap pemaju perumahan swasta perlu mematuhi syarat yang telah diwajibkan untuk membina sekurang-kurangnya 30 peratus rumah mampu milik dalam projek perumahan mega sejak 1981," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.


Terdahulu Nga berkata, KPKT menyambut baik pengumuman Perdana Menteri bahawa pemaju perumahan swasta perlu turut sama bertanggungjawab untuk membina rumah mampu milik.


Sebagai rekod, Kerajaan telah mewajibkan pemaju perumahan swasta untuk membina sekurang-kurangnya 30% rumah mampu milik dalam projek perumahan mega, sejak 1981.


Perdana Menteri semasa Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani Dalur di Presint 18, Putrajaya pada Khamis melahirkan rasa kecewa kerana banyak projek rumah mampu milik tidak mengikut masa dan skala ditetapkan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page