top of page

KPKT lulus RM8.94 juta selenggara kolam tadahan air di Johor



Sejumlah peruntukan bernilai RM8.94 juta telah diluluskan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi kerja-kerja menyelenggara kolam tadahan air di seluruh Johor.


Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata peruntukan tersebut yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2023 yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disalurkan kepada 15 pihak berkuasa tempatan di negeri itu dengan membabitkan 28 projek kolam tadahan.


"Kesemua kolam tadahan ini perlu disiapkan tahun ini, walaupun cuaca tidak menentu supaya selepas ini kita boleh fokus kepada belanjawan berikutnya.


"Jadi, RM8.94 juta ini saya sendiri bersama Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali akan pastikan bahawa pihak PBT dapat melaksanakan kerja dengan sebaik mungkin kerana harapan kita supaya Belanjawan 2023 dapat dibelanjakan sebaik mungkin dan sampai kepada masyarakat sekeliling," kata Akmal.


Beliau sebelumnya ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Surat Peruntukan Projek Kolam Tadahan di Pangsapuri Larkin Idaman Lot C yang turut dihadiri Mohd Fadzli dan Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Mohd Noorazam Osman.


Sementara itu tambahnya, kementerian juga telah meluluskan RM500,000 kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk menyelenggara kolam tadahan air di pangsapuri tersebut,


Penyelenggaraan kolam tadahan air itu antara lain merangkumi kerja pembersihan serta mendalamkan kolam bagi mengelak hakisan dan sebagainya.


"Saya turut berkongsi berpandangan dengan Datuk Bandar Johor Bahru supaya kemudahan kolam tadahan ini boleh dipertimbangkan untuk dinaik taraf dijadikan sebuah pusat rekreasi pada masa akan datang," katanya dipetik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page