top of page

KPKT laksana pemetaan harga rumah mampu milik



Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang dalam usaha memastikan harga rumah mampu milik bersesuaian dapat ditawarkan mengikut negeri serta lokaliti.


Susulan itu menterinya Nga Kor Ming berkata, KPKT sedang dalam proses pemetaan rumah mampu milik di bawah Dasar Perumahan Negara.


Kaedah baharu itu jelasnya akan berdasarkan kepada pendapatan median rakyat mengikut zon, negeri serta daerah yang diperoleh menerusi Tinjauan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Tahun 2022.


"Dulu di bawah Dasar Perumahan Negara definisi rumah mampu milik adalah tidak lebih daripada RM300,000 tetapi harga (rumah mampu milik) di Kelantan pun RM300,000, harga di Kuala Lumpur pun RM300,000. Adakah masuk akal?


"Jadi, pada tahun ini, KPKT sedang melaksanakan pemetaan rumah mampu milik," jelasnya

Kor Ming berkata begitu semasa sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Isnin.


Sementara itu tambahnya, pemetaan harga rumah mampu milik itu dijangka dapat disiapkan tahun ini.


Ia kemudian akan dijadikan sebagai panduan saintifik kepada pemaju serta agensi penyedia perumahan bagi penetapan harga jualan rumah di setiap lokaliti.

0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page