top of page

KPKT beku 20 akaun pemaju, pantau projek sakit



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membekukan 20 akaun pemajuan perumahan (HDA) milik pemaju perumahan berlesen kerana terlibat dalam projek perumahan sakit.


Timbalanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH - Johor Bahru) berkata tindakan pembekuan itu berdasarkan siasatan terhadap pemaju yang mengabaikan tanggungjawabnya sekali gus boleh menjejaskan kepentingan pembeli.


"Selain itu, pemaju juga boleh dikompaun sehingga maksimum RM50,000 sekiranya gagal melaksanakan kewajipan sebagaimana peruntukan di dalam Akta 118 (Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 ) dan peraturan-peraturannya.


"Sebanyak 284 kompaun juga telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah seksyen 7 (e) Akta 118 pada tahun 2022 dan 2023," katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri, Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) mengenai usaha kerajaan untuk menyelesaikan isu projek sakit dan terbengkalai.


Mengulas lanjut, Akmal memaklumkan KPKT sedang memperinci dana jaminan khas bagi memulihkan projek terbengkalai untuk dibentangkan kepada Kementerian Kewangan.


Jelasnya, peruntukan RM1 bilion menerusi Belanjawan 2024 itu akan dimanfaatkan bagi projek perumahan mampu milik bawah RM300,000 dan bagi projek yang sudah melepasi sekurang-kurangnya 80 peratus status kemajuan.


"Selain itu kita juga melihat kepada program perumahan di bawah agensi kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa negeri khususnya projek perumahan mampu milik yang berdepan risiko menjadi projek sakit," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page