top of page

KPKT bangunkan pangkalan data, tangani projek bermasalah



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang membangunkan pangkalan data bagi mengintegrasikan maklumat daripada kesemua aspek projek pembangunan.


Timbalannya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata pangkalan data itu penting bagi memastikan pengurusan berkaitan projek pembangunan menjadi lebih adil dan telus.


"Untuk makluman, maklumat data tidak sepenuhnya berada di bawah KPKT ia termasuk pasaran sekunder sub-sales dan kita hanya ada data pemegang Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan (APDL) sahaja.


"Justeru, pihak kementerian mengadakan seminar data raya analitik (big data) untuk menghimpunkan semua data industri perumahan dari pembinaan projek, lokaliti dan sebagainya (disimpan) dalam satu pangkalan data," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) mengenai langkah kerajaan bagi mengelakan rumah tidak terjual terus berlaku.


Mengulas lanjut, mengambil inisiatif sistem Pangkalan Data Utama (Padu) yang dibangunkan oleh Kementerian Ekonomi sebagai contoh, Akmal berkata, KPKT juga tidak menolak kemungkinan mewujudkan program yang sama.


"“Selaras dengan yang dibawa kerajaan melalui PADU, KPKT juga melihat data sebagai keutamannya.


"Oleh itu, KPKT sedang meneliti perkara tersebut melalui sasaran dan garis panduan (yang sesuai)," katanya.


Projek bermasalah dan projek sakit menjadi keutamaan KPKT di bawah Timbalan Menteri Akmal Nasir.


Sehingga Oktober 2023, KPKT berjaya memulihkan sejumlah 301 projek perumahan swasta yang tidak berdaya maju atau 'projek sakit' dengan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM28.81 bilion.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page