top of page

KPKT akan salur peruntukan bantu PBT selenggara pokok



Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengagihkan peruntukan bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyelenggara pokok dalam kawasan pentadbiran masing-masing.


Menterinya Nga Kor Ming berkata, walaupun kementerian mengamalkan dasar penjimatan namun peruntukan akan tetap disalurkan berdasarkan keperluan khususnya dalam situasi mendesak.


"Kementerian akan berikan peruntukan untuk kemudahan awam menerusi kajian diadakan. Sama ada boleh dimasukkan dari segi penyelenggaraan dan pembelian peralatan.


"Dari segi pengurusan kita akan mencari jalan sama ada Jabatan Landskap Negara (JLN), Jabatan Penyelenggaraan atau Jabatan Kerajaan Tempatan," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya hadir menyampaikan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 403 penerima di Majlis Apresiasi Kecemerlangan Tahun 2023 warga KPKT.


Sebelum ini Nga mengakui ada PBT khususnya di kawasan pendalaman berdepan masalah kewangan dalam melaksanakan kerja penyelenggaraan pokok dalam kawasan pentadbiran masing-masing.


Malah khidmat kepakaran doktor pokok (arborist) juga tidak menyeluruh dan sedang dalam proses ditambah baik.


"Seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sudah ada arborist sendiri, namun yang penting kita rancakkan lagi perkhidmatan ini bagi menambah baik pengurusan landskap di setiap kawasan perbandaran," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page