top of page

KPKT akan bina 1,200 unit rumah PPR di Perak



Sebanyak RM308 juta diperuntukkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi pembangunan tiga projek Program Perumahan Rakyat (PPR) baharu di Perak.


Menterinya, Nga Kor Ming berkata projek di tiga kawasan Parlimen itu akan membabitkan 1,200 unit kediaman


Antara dirancang adalah pembinaan 500 unit rumah bertingkat dengan kemudahan seperti lif, surau, tadika dan balai komuniti dengan anggaran kos RM140 juta di Parlimen Tambun.


Projek dengan kos RM140 juta itu dijangka akan dibangunkan di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi di atas tapak milik Kerajaan Negeri.


Selain di Tambun, KPKT turut mensasarkan pembinaan 300 unit rumah jenis teres berserta kemudahan asas antaranya surau, tadika dan bangunan utiliti, yang dibangunkan di atas tapak diberikan Kerajaan Negeri di di kawasan DUN Kota Tampan dengan anggaran kos RM72 juta.


"PPR Lenggong atau nama asalnya PPR Perak telah diluluskan dalam Rolling Pelan Ketiga (RP3) Tahun 2023, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan akan dilaksanakan secepat mungkin," jelasnya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan DUN di Ipoh pada Isnin.

Bagi PPR Teluk Intan pula, katanya ia terletak di kawasan DUN Changkat Jong dengan 400 unit rumah teres berserta kemudahan asas antaranya surau, landskap dan taman permainan, yang akan dibina di atas tapak milik Perbadanan PR1MA Malaysia dengan anggaran kos RM96 juta.

"Ketiga-tiga projek PPR ini akan membantu menjayakan sasaran kerajaan Persekutuan untuk pembinaan 500,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) di bawah RMK12, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat," katanya sambil memaklumkan peruntukan semua projek itu sedang dalam pertimbangan Kementerian Ekonomi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page