KPKM perkukuh tadbir urus dan kecekapan Persatuan Nelayan


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang melaksanakan pelbagai langkah strategik bagi memperkukuh tadbir urus serta kecekapan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di seluruh negara.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar), berkata usaha itu digerakkan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi memastikan setiap PNK benar-benar berperanan sebagai penggerak utama pembangunan komuniti nelayan, di samping menjamin pengurusan yang telus dan berakauntabiliti.
"Matlamat kita jelas, memastikan Persatuan Nelayan bukan sahaja menjaga kebajikan ahli, tetapi menjadi pemangkin peningkatan pendapatan dan ketahanan sektor perikanan negara," katanya dipetik di Dewan Rakyat pada Selasa.
Menurut beliau, antara langkah utama yang dilaksanakan termasuk penilaian tahunan Indeks Prestasi Utama (KPI), audit dalaman dan luaran berkala, serta latihan kepimpinan dan pengurusan bagi mempertingkat kecekapan tadbir urus PNK.
Selain itu, kementerian turut memperkenalkan Pelan Transformasi PNK untuk menstruktur semula persatuan yang lemah agar lebih mampan, berdaya saing dan berfungsi dengan lebih efektif dalam menjaga kebajikan nelayan.
Mohamad menambah, kerajaan juga menyediakan pelbagai program sokongan termasuk kemudahan pemasaran hasil laut, aktiviti akuakultur, geran keusahawanan, serta program khas wanita dan belia nelayan bagi memperkukuh ekonomi komuniti nelayan.
"Dengan kerjasama semua pihak, saya yakin Persatuan Nelayan akan terus maju dan menyumbang kepada keterjaminan makanan negara," katanya.




https://wendische-volkspartei.de The mention of leadership and management training for PNK officials stood out to me, since better governance usually starts with the people running the association rather than the paperwork alone. In my own area, fishermen often know what needs fixing but rarely get a seat at the table when reforms are designed, so I hope the Pelan Transformasi PNK actually involves them in the process.