top of page

KPKM kaji semula kouta benih padi mulai tahun hadapan



Agihan kuota benih padi bakal dikaji semula pada tahun hadapan bagi memastikan kekurangan bekalan tidak berulang pada musim penanaman akan datang.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kementerian juga pada masa yang sama akan mempertimbangkan bagi menambah kuota BPS kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berbanding 30 peratus ketika ini bagi mengelak sebarang manipulasi harga atau ketirisan.


Bagaimanapun, peratusan penambahan kuota bergantung kepada perbincangan dan kemampuan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbabit.


"Kita akan melihat kemampuan GLC itu sama ada mampu sediakan benih padi dalam kuantiti tinggi, (jika ya) kita akan beri banyak.


"Kalau dia mampu dalam kuantiti rendah tetapi minta tinggi, kita akan lihat dan pantau," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu pada sidang akhbar selepas hadir program Solidariti Palestin di Alor Setar pada Isnin.


Sementara itu beliau berkata, kerajaan juga akan mewujudkan stok benih padi sah (BPS) sebagai langkah jangka panjang menangani kekurangan stok benih.


"Kita cadang hasilkan lebih kurang 50,000 tan metrik BPS. Sekiranya apa-apa berlaku, kita boleh guna stok ini. Cara mengurus stok berkenaan akan diperincikan oleh Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras kerana mereka miliki teknologi berkenaan.

"Stok ini penting untuk memastikan insiden tidak cukup benih tidak berulang lagi," jelasnya.


Kerajaan baru-baru ini meluluskan serta-merta pengagihan BPS ke Kedah dan Perlis bagi menyelesaikan masalah ketiadaannya sejak beberapa minggu lepas.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page