top of page

Jumlah aset dirampas RM15.5 bilion, tindakan bersepadu banteras jenayah

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 7 hours ago
  • 2 min read
DS Anwar menyatakan jumlah rampasan aset dari aktiviti jenayah di Dewan Rakyat
DS Anwar menyatakan jumlah rampasan aset dari aktiviti jenayah di Dewan Rakyat

Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda tatakelola dan integriti negara apabila jumlah keseluruhan aset yang disita dan dirampas melonjak mendadak kepada RM15.5 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2025, berbanding hanya RM37 juta pada 2018 dan RM1.2 bilion pada 2019.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan ketara itu dicapai hasil tindakan bersepadu Pasukan Khas Multi-Agency Task Force (MATF) yang menghimpunkan kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pelbagai agensi penguatkuasaan lain.


Katanya agensi penguatkuasaan lain itu adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Bank Negara dalam beberapa kes.


"Tidak semua agensi ini terlibat dalam semua tindakan, tetapi sebahagian besarnya terlibat bila diputuskan isu-isu yang dianggap berprofil tinggi atau berskala besar.


"Pada keseluruhannya, dari tahun 2023 hingga 2025, ada peningkatan yang mendadak. Maknanya walaupun tindakan ada diambil sebelumnya, tetapi tindakan-tindakan itu tidak seperti mana yang berlaku setelah 2023.


"Sebagai contohnya, saya sebut di sini, 2018 (mencatatkan) RM37 juta permulaan aset keseluruhannya, dan 2019 (RM1.2 bilion).


"Pada 2023 hingga 2025, dengan usaha SPRM dan agensi lain yang saya sebut tadi, ia sudah mencecah RM15.5 bilion ringgit.


"Ini menyebabkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) kita meningkat, langkah-langkah akan terus diambil, tetapi melalui perkongsian maklumat dan kerjasama rapi di antara badan-badan penguatkuasaan disebutkan tadi," katanya ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab pertanyaan V Ganabatiru (PH-Klang) yang ingin tahu jumlah keseluruhan wang dan aset yang berjaya diperoleh semula oleh SPRM sepanjang tahun 2025 dalam kes-kes berkaitan rasuah dan salah guna kuasa serta statistik perbandingan sebelum dan selepas Kerajaan MADANI.


Dalam sesi sama, Anwar berkata turut memaklumkan tentang tindakan-tindakan penguatkuasaan yang telah diambil sebelum ini iaitu pada November 2025 sehingga Februari 2026.


Beliau berkata, antara kes-kes berprofil tinggi termasuk pertuduhan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, pendakwaan terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri pada 4 Disember 2025.


Selain itu katanya, empat Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut didakwa berhubung tuduhan salah guna

kedudukan, pecah amanah, pengubahan wang haram dan menerima barangan berharga pada Januari 2026.

"Yang terkini siasatan dan tangkapan terhadap Ketua Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar pada

Januari 2026.


"Ini menunjukkan bahawa kesungguhan kita dalam melaksanakan tugas lebih nyata dan ketara setelah ditegaskan dalam tatakelola Kerajaan MADANI," ujar beliau yang juga Presiden KEADILAN.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page