top of page

KPKM hadkan pembelian beras putih tempatan, stok simpanan mencukupi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 8, 2023
  • 2 min read


Bagi mengatasi gangguan bekalan beras putih tempatan (BPT), kerajaan pada Khamis menetapkan bahawa setiap individu dan peniaga hanya dibenarkan membeli maksimum 10 beg beras putih tempatan 10kg, bersamaan dengan 100kg.


Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Azman Mahmood menjelaskan bahawa had itu dilaksanakan sebagai tindak balas kepada pembelian beras putih yang berlebihan.


"Kita dapati ada peniaga-peniaga yang membeli beras putih dalam satu masa dalam 500 ke 700 kampit.


"Sebab itu kita buat sekatan setiap orang hanya boleh membeli 10 kampit beg 10kg ataupun 100 kilo," katanya dipetik selepas sesi dialog sektor padi dan beras Belanjawan 2024 di Serdang yang turut dihadiri Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu.


Menurut Azman, sekatan itu dikuatkuasa mengikut Peraturan-peraturan 10(1)(b) Peraturan-peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan, Pemborong dan Peruncit) dan akan kekal berkuat kuasa sehingga kenaikan harga beras putih yang diimport menjadi stabil.


Selasa lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata peningkatan mendadak terhadap beras tempatan kebelakangan ini menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan di beberapa lokasi tertentu.


Ia berpunca pelarasan harga jualan beras putih import berkuat kuasa 1 Sept lalu diumumkan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menyaksikan harganya meningkat di pasaran.


Sementara itu, Azman menegaskan pemeriksaan dijalankan dibawah Op Jamin mendapati penukaran kampit beras tempatan kepada beras import seperti didakwa sesetengah pihak tidak berlaku.

"Walaupun (segelintir dakwaan) dibuat di TikTok, tetapi mereka tidak membuat aduan rasmi kilang dan lokasi ia berlaku," katanya yang menegaskan tindakan akan diambil terhadap pihak membuat dakwaan tanpa bukti sehingga menyebabkan berlakunya pembelian panik di kalangan orang awam.


Selain itu, Azman menjelaskan bahawa simpanan beras Malaysia bersamaan dengan nilai sebulan setengah, dan negara juga mengekalkan stok dagangan yang boleh bertahan sehingga 6 bulan.


Rakyat jelasnya tidak perlu gusar kerana stok dagangan cukup untuk bertahan sehingga Aidilfitri tahun depan dan stok simpanan itu hanya akan diambil dalam keadaan kecemasan.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page