top of page

KPKM beri amaran pengilang padi patuh peraturan



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi amaran keras terhadap pengilang yang gagal mematuhi peraturan lesen sehingga memberi kesan terhadap bekalan beras tempatan.


Kenyataan itu menyusul keputusan Mahkamah Majistret Yan, pada Isnin mengenakan denda RM12,000 terhadap sebuah kilang di Kota Setar, Kedah selepas didapati bersalah menjual 250kg beras hancur kepada pihak tidak berlesen dan menyimpan bekalan tidak direkodkan.


"Bagi memastikan bekalan terjamin, KPKM giat melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi di samping melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di sepanjang rantaian bekalan padi dan beras dalam negara," jelas KPKM.


Difahamkan, pendakwaan dibuat susulan serbuan oleh Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Kedah terhadap kilang berkenaan pada 7 Okt lalu.


Hasil pemeriksaan mendapati kilang berkenaan menjual lima guni beras gred hancur berjumlah 250kg kepada pihak tidak berlesen pada 24 Sept selain terdapat perselisihan kuantiti beras hancur dalam milikan berbanding penyata rekod stok yang diberikan oleh pengilang.


Pihak KPB dilapor merampas 10,593.70kg beras hancur dalam serbuan berkenaan.

"Premis itu melakukan dua kesalahan iaitu Peraturan 9(1)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996 – tidak boleh menjual beras kepada mana-mana orang kecuali kepada pemegang lesen borong yang bukannya pengilang beras, pemegang lesen runcit, mana-mana orang bagi maksud pengilangan atau katering dan mana-mana pembekal beras di bawah kontrak.


"Bagi kesalahan kedua, terdapat perselisihan kuantiti beras dengan maklumat yang diberikan melalui Penyata Deklarasi Stok Beras Dalam Milik/Kawalan di bawah Seksyen 7(1)(a).


"Siasatan mendapati berlaku pelanggaran bawah Seksyen 8(2) Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) akta sama," tegas KPKM dalam kenyataan.


Susulan itu kementerian menggesa pengilang padi, pemborong dan peruncit beras selaku pemegang lesen supaya mematuhi peruntukan perundangan bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page