top of page

KPDN tingkat kerjasama dengan PDRM benteras ketirisan subsidi



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan kerjasama dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak dalam membenteras ketirisan barang bersubsidi.


Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Macha Ata sempena lawatannya ke negeri itu semalam bagi mengadakan perbincangan mengenai perkara berkenaan.


"Perbincangan adalah tertumpu kepada strategi meningkatkan kerjasama berterusan KPDN dan PDRM Sarawak.


"Antara fokus utama adalah berhubung penguatkuasaan membanteras ketirisan minyak diesel bersubsidi melalui Task Force yang telah ditubuhkan bagi Ops Tiris," katanya melalui satu kenyataan media.


Jelasnya, berdasarkan statistik penguatkuasaan seluruh negara di bawah Ops Tiris pada tahun lalu, sebanyak 15,927 pemeriksaan telah dijalankan dan telah melibatkan 877 kes termasuk 386 kes serahan agensi.


Ia jelasnya melibatkan kuantiti rampasan sebanyak 6,441,118 liter minyak diesel dengan anggaran keseluruhan nilai berjumlah RM14,208,824.


"Manakala untuk Negeri Sarawak, sepanjang pelaksanaan Ops Tiris pada tahun 2023, 168 kes telah direkodkan dengan nilai rampasan berjumlah RM6,554,327.


"Serahan kes melibatkan minyak diesel bersubsidi meliputi PDRM sebanyak 17 kes, Pasukan Polis Marin sebanyak 74 Kes dan Pasukan Gerak Am sebanyak 13 kes.


"Data ini mununjukkan bahawa hampir 62 peratus daripada kes yang direkod adalah melalui serahan kes pihak polis," ujarnya.


Sementara itu bagi tahun ini, skop Ops Tiris terus diperkukuhkan bukan sahaja meliputi minyak diesel bersubsidi malah diperluaskan kepada barang kawal lain seperti petrol RON 95, minyak masak polibeg 1 kilogram bersubsidi, LPG dan gula pasir putih bertapis.


"Untuk tahun ini, KPDN terus menjalin kerjasama dengan PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memperhebat lagi Op Tiris yang memberi tumpuan untuk membanteras penyelewengan barang bersubsidi, khususnya minyak diesel," katanya.


Armizan dalam lawatan kerja ke Sarawak turut bertemu Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi bagi membincangkan pengedaran gas asli dan LPG.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page