top of page

KPDN temui MFA dalam usaha muktamadkan dasar francais negara



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini bertemu Persatuan Francais Malaysia (MFA) dalam usaha mendapatkan pandangan dan maklum balas berkaitan industri berkenaan di Malaysia, yang diadakan di bangunan Parlimen.


Menurut Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, hasil pertemuan tersebut dapat memberi input yang lebih mampan kepada pihak kementerian untuk memuktamadkan dasar francais negara.


Katanya, KPDN berperanan penting untuk mengawal selia industri francais negara melalui Akta Francais 1998 [Akta 590].


"Usaha dan kerjasama ini, antara lain dapat memantapkan lagi industri francais.


"Hasil usaha KPDN mengembangkan industri francais yang merupakan industri tumpuan di bawah Sektor Perdagangan Dalam Negeri, berjaya meningkatkan nilai jualan industri francais yang mencatatkan kenaikan jualan sebanyak 105.48% iaitu RM30 bilion pada tahun 2021 berbanding RM14.6 bilion pada tahun 2020.


"Hasil pengukuhan industri francais di peringkat domestik, KPDN telah berjaya mengembangkan industri ini ke peringkat antarabangsa dengan penembusan lebih daripada 70 jenama francais tempatan di 80 buah negara," katanya dalam sidang media selepas pertemuan itu.


Pada masa sama, menurut Armizan lagi, usahawan-usahawan tempatan yang mempunyai perniagaan berpeluang berkembang ke peringkat yang lebih besar menerusi sistem perniagaan francais yang teratur dan sistematik.


Dalam hal berkenaan, katanya, Akta Francais 1998 [Akta 590] di bawah KPDN akan menggalakkan perkembangan amalan perdagangan secara sihat di kalangan industri francais selaras dengan inisiatif KPDN dalam peringkat akhir membangunkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030).


"Industri francais di Malaysia kini berkembang secara dinamik.


"Industri ini terdiri daripada gabungan pelbagai francais tempatan dan antarabangsa yang menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang luas," katanya lagi.


Perkembangan mapan industri francais sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jelas Armizan, telah didorong oleh faktor-faktor seperti persekitaran perniagaan yang kondusif dan menggalakkan termasuklah sokongan Kerajaan terhadap industri tersebut melalui pelbagai inisiatif dan insentif.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page