top of page

KPDN tawar pengecualian fi PCA cap dagangan



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menawarkan pengecualian fi bagi Perkhidmatan Pendapat dan Carian Awal (PCA) bagi cap dagangan dalam tempoh sebulan hingga 23 Mei depan tertakluk kepada terma dan syarat.


Menterinya Datuk Armizan Ali berkata, keputusan itu dibuat bagi menggalakkan lebih banyak pendaftaran cap dagangan serta memberi peluang kepada lebih ramai usahawan untuk melindungi hak harta intelek mereka.


Justeru katanya, MyIPO telah menerima sebanyak 61,600 permohonan harta intelek berbanding 59,699 dalam tempoh yang sama pada tahun 2022.


"Daripada jumlah tersebut, 21,490 permohonan adalah permohonan harta intelek tempatan dengan peningkatan sebanyak 7.8% berbanding tahun sebelumnya.


"Untuk itu, MyIPO akan terus mempergiatkan lagi usaha untuk meningkatkan pemfailan tempatan ke arah meningkatkan kreativiti dan eksploitasi harta intelek negara," katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Harta Intelek Negara (HHIN), hari ini.


Jelasnya, sambutan sambutan HHIN tahun ini menekankan kepentingan melindungi harta intelek sebagai asas kepada pembangunan negara yang berbudaya dan inovatif.


"Pengiktirafan ini diberikan kepada pencipta dan pereka cipta terbaik serta organisasi yang berperanan dalam bidang harta intelek," ujarnya.


Tambahnya, bagi mengiktiraf pereka cipta terbaik Anugerah Harta Intelek Negara diadakan menerusi pertandingan individu, syarikat swasta dan badan kerajaan, institusi pendidikan dan syarikat multinasional.


"Selain itu, Anugerah Teknologi Hijau, Anugerah Karya Lestari, Anugerah Milenial, dan Anugerah Permata turut memberi pengiktirafan kepada harta intelek.


"Melalui pengiktirafan ini, MyIPO berharap dapat mendorong pencipta dan pereka cipta tempatan untuk terus menghasilkan inovasi yang bermakna bagi kemajuan negara," katanya lagi.


Untuk rekod, Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia yang diberi mandat untuk menjayakan projek Empowering Youth (K-12) to Innovate for a Better Future yang membawa misi memperkasa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).


Projek ini juga dilihat sebagai satu platform kepada generasi muda mendepani isu-isu negara dan global melalui harta intelek sebagai instrumen penggalak inovasi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page