top of page

KPDN tambahbaik konsep Payung Rahmah, wujud PJIR musim perayaan



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memfokuskan penambahbaikan konsep Payung Rahmah.


Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pada tahun ini, pihaknya akan mewujudkan Program Jualan Ihsan Rahmah (PJIR) Musim Perayaan bagi memberi peluang lebih banyak industri swasta untuk menganjurkan program di bawah konsep Rahmah tanpa melibatkan peruntukan kerajaan.


"Ada industri yang jumpa dan beritahu mereka ingin perkenalkan inisiatif individu (secara bersendiri) kepada komuniti masyarakat dan mereka ingin membawa inisiatif itu bersama-sama Payung Rahmah.


"Untuk tahun ini, peruntukan sebanyak RM200 juta bagi pelaksanaan program Payung Rahmah, tetapi untuk mencakupi lebih 30 juta rakyat pastinya mustahil. Sebab itu kita buka penyertaan kepada pihak swasta dan industri.


"Pendekatan ini kita rangka untuk memastikan gagasan ini juga digerakkan bukan hanya dalam bentuk usaha kerajaan tetapi diperluaskan dengan gerakan industri swasta," katanya sambil menegaskan keutamaannya adalah demi kebajikan rakyat.


Armizan sebelumnya ditemui pemberita selepas Majlis Amanah Tahun Baharu KPDN di Putrajaya pada Jumaat.


Sementara itu tambahnya, kementerian juga akan turut memperluaskan hebahan jadual penganjuran PJIR seluruh negara.


Menurutnya, hebahan yang akan dipamerkan di laman rasmi KPDN itu bagi memudahkan rakyat mengetahui tarikh dan masa jualan diadakan di kawasan masing-masing lebih awal.

"Kalau sebelum ini ia berbentuk ad hoc, negeri akan mengaturkan program tertentu namun sekarang kita mensyaratkan KPDN negeri memberi jadual lebih awal.


"Kita juga bersetuju untuk tawarkan barangan basah di PJR, anjur Program Jualan Ihsan Rahmah (PJIR) pada musim perayaan dan memperluaskan bazar Ramadan," tambahnya lagi.


Terdahulu Armizan berkata, hasil kajian merekodkan sebanyak 81 peratus responden berpuas hati dengan konsep Payung Rahmah, manakala selebihnya pula mengalu-alukan penambahbaikan dilakukan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page