top of page

KPDN siasat pihak cuba naik harga susulan penyasaran subsidi diesel



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal menyiasat pihak industri yang mengumumkan kenaikan harga perkhidmatan mereka susulan penyasaran subsidi diesel.


Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pihaknya memandang serius kenyataan-kenyataan pihak tersebut yang tular di media sosial sehingga menggusarkan masyarakat.


"KPDN akan mengeluarkan notis kepada pihak-pihak terbabit di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011 untuk memastikan tidak berlaku pelarasan harga.


"Ia bagi meneliti alasan untuk mereka menaikkan harga perkhidmatan termasuk kemungkinan mereka mendapatkan sumber diesel bersubsidi secara tidak sah sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter bermula Isnin (10 Jun) iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.


Langkah penyasaran semula subsidi diesel dilaksana bagi menangani isu ketirisan subsidi yang berlaku sekian lama dalam dasar subsidi pukal, selain memastikan subsidi tersebut hanya dinikmati mereka yang layak.


Susulan penyasaran tersebut kerajaan menyalurkan bantuan bulanan RM200 setiap bulan bagi individu pemilik kenderaan diesel yang layak.


Manakala bagi petani, penternak dan pengusaha akuakultur bantuan tunai subsidi diesel disalurkan bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.


Manakala 33 jenis pengangkutan awam dan barangan pula terus menikmati subsidi melalui kaedah 'Fleet Card' di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page