top of page

KPDN serius benteras penyeludupan diesel



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merakamkan penghargaan kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang berjaya mengagalkan penyeludupan minyak diesel.


Ketua Setiusaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusuf melalui satu kenyataan semalam berkata, pihak kementerian sentiasa komited dan akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang berkaitan bagi mempergiat serta mempertingkatkan kawal seliaan dan operasi ke atas pengedaran barang-barang kawalan di seluruh negara.


Langkah itu bagi memastikan bekalan barang kawalan untuk kegunaan rakyat Malaysia sentiasa mencukupi dan tidak berlaku ketirisan yang seterusnya akan merugikan negara.


"KPDN serius dalam membanteras isu penyelewengan barang kawalan bersubsidi seperti minyak diesel yang diberikan oleh kerajaan.


"Tujuan pemberian subsidi adalah untuk mengimbangi kos sara hidup rakyat dan bukannya untuk diselewengkan dan seterusnya menafikan hak masyarakat yang sepatutnya menikmati subsidi ini," katanya.


Peralatan mengepam minyak dari dan ke lori tangki disita

Pada pada 29 April lalu serbuan dijalankan pasukan polis Bukit Aman di sebuah premis dalam Kawasan Perindustrian Gurun, Kedah telah berjaya menyita minyak diesel dalam anggaran 2,730 liter dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM5,896.50


Pihak polis turut telah menahan tiga (3) orang suspek yang merupakan lelaki warga tempatan yang berumur dalam lingkungan 30-an hingga 50-an selain menyita dua buah lori bernombor pendaftaran tempatan dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut.


Antara barangan lain yang turut disita ialah empat unit skid tank.


"Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," jelasnya.


Azman turut berkata, berdasarkan statistik penguatkuasaan Ops Tiris dilaksana di Kedah setakat 1 Mac hingga Sabtu lalu, sebanyak 497 pemeriksaan telah dilakukan dan sebanyak 25 kes telah diambil tindakan melibatkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM2,692,334.

Tambahnya, KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyelewengan barang-barang kawalan ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page