top of page

KPDN puas hati Program Jualan Rahmah berjalan lancar di Sabah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 6, 2023
  • 1 min read


Program Jualan Rahmah (PJR) yang dipanjangkan ke Sabah bagi meredakan peningkatan kos kehidupan akibat kenaikan harga bahan makanan dan keperluan setakat ini didapati berjalan lancar.


Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, PJR yang beliau lawati hari ini bertempat di Pekan Kundasang amat memuaskan dan mendapat sambutan penduduk setempat.


Beliau juga meninjau harga barang yang ditawarkan di kawasan tersebut untuk memastikan ianya berpatutan.


"PJR kali ini melibatkan Pasar Raya Bataras dan menawarkan pelbagai keperluan harian terdiri daripada barangan kering dan basah serta barangan keperluan asas yang lain.


"Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang ini dapat memberi manfaat kepada lebih dua ribu pengunjung.


"PJR merupakan kolaborasi Kerajaan bersama industri sektor peruncitan seperti pasar raya dan hypermarket yang menawarkan penjualan barangan keperluan harian pada kadar harga diskaun di antara 10% hingga 30% lebih murah daripada harga biasa," katanya dalam kenyataan.


Menurut beliau, sehingga 3 Oktober 2023, PJR telah dilaksanakan di 266 lokasi di Negeri Sabah.


Pecahan mengikut model, iaitu di dalam premis sebanyak 242 lokasi, di luar premis sebanyak 6 lokasi dan secara bergerak sebanyak 18 lokasi dengan bilangan pengunjung dianggarkan melebihi 150 ribu orang.


Manakala penganjuran PJR di seluruh negara pula telah merekodkan kehadiran melebihi 3.38 juta orang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page