top of page

KPDN perkenal ez-TTPM, mudahkan pengguna failkan tuntutan secara digital

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 23
  • 1 min read

ree

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenalkan aplikasi mudah alih ez-TTPM bagi memudahkan rakyat memfailkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).


Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata, inovasi digital itu membolehkan pengguna menghantar tuntutan, memuat naik dokumen sokongan serta menyemak status kes secara dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat, sekali gus menjimatkan masa dan kos terutama bagi pengguna luar bandar.


"Pada fasa awal, melalui sistem ini orang ramai boleh memfailkan tuntutan, memuat naik dokumen sokongan dan membuat semakan status kes melalui portal TTPM tanpa perlu hadir secara fizikal ke pejabat TTPM.


"Untuk fasa kedua pula, selain akses melalui portal TTPM, KPDN selanjutnya telah membangunkan aplikasi ez-TTPM yang boleh dimuat turun menggunakan telefon atau peranti pintar," katanya dipetik.


Terdahulu beliau merasmikan Jelajah Karnival KPDN dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Zon Tengah 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Sabtu.


Sementara itu, Armizan menyatakan komitmen KPDN memberikan perkhidmatan yang cepat, adil dan mesra kepada rakyat sejajar dengan Piagam Pelanggan TTPM


Jelasnya, sehingga 14 November 2025, TTPM merekodkan 9,203 pemfailan dengan nilai tuntutan RM77.2 juta, dan 6,881 kes telah diselesaikan.


"Setiap tuntutan akan didaftarkan pada hari yang sama ia difailkan manakala proses pendengaran dan penyelesaian kes dilaksanakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pendengaran pertama," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page