top of page

KPDN pastikan kartel tidak ambil kesempatan naik harga ayam



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memastikan bukan sahaja harga ayam terkawal di peringkat runcit malah di peringkat pengeluaran.


Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata pihaknya memberi jaminan akan memastikan tiada kartel akan mengambil kesempatan susulan keputusan kerajaan melaksana pengapungan harga ayam.


"Kita akan sentiasa kawal harga ayam bukan sahaja di peringkat runcit menggunakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) serta Akta Perlindungan Pengguna.


"KPDN juga akan melakukan kawalan harga di peringkat pengeluaran menggunakan Akta Persaingan.

"Sekiranya berlaku keadaan di mana ada pakatan atau kartel untuk menaikkan harga di peringkat pengeluaran jadi itu juga boleh diambil tindakan, kita guna akta lain seperti Akta Persaingan untuk memastikan kartel tidak mengambil kesempatan.


"Jika kartel berpakat dan harga itu naik dengan contohnya membabitkan makanan ayam di peringkat pengeluaran, mungkin itu ada kesan di peringkat peruncit dan pengguna. Kita akan lihat di situ dari segi Akta Persaingan," katanya.


Fuziah berkata begitu selepas melakukan pemeriksaan dan pemantauan harga ayam di Pasar Awam Kajang, pada Jumaat.


Sementara itu beliau turut mengingatkan peniaga ayam agar tidak mengenakan kos tersembunyi seperti upah untuk memotong ayam.


"Ada juga peniaga yang sebelum ini apabila kita kawal harga, mereka tambah dengan cara lain menerusi kos tersembunyi seperti upah potong. Ini menyalahi jika tidak jelas, upah potong itu boleh tetapi perlu tulis dijelaskan dan dipamerkan," katanya.


Beliau sementara itu mengingatkan, penguatkuasaan giat dilaksanakan termasuk operasi Ops Samar di mana penguat kuasa KPDN menjalankan pemantauan di lapangan dengan memakai pakaian biasa tanpa mengenakan seragam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page