top of page

KPDN pantau harga barang sepanjang Pesta Kaamatan



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menempatkan pegawai-pegawainya di lokasi strategik di seluruh Sabah bagi memastikan peniaga mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Pesta Kaamatan.


Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata langkah drastik itu bagi memastikan pelaksanaan SHMMP berkesan dan peniaga tidak sewenangnya menaikkan harga barangan.


Tambahnya, pihak kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

"Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya.

"Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini.


"Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti," katanya menerusi satu kenyataan


Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Pesta Kaamatan 2023 berkuat kuasa dari 27 Mei 2023 hingga 2 Jun 2023


Tempoh pelaksanaan adalah selama tujuh hari iaitu tiga hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan.


"Sebanyak lapan jenis barangan dikawal di bawah pelaksanaan skim ini.


"Selain itu, enam jenis barangan daripada kategori ayam dan telur sedang dikawal di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang sedang berkuat kuasa sejak 5 Februari 2022," ujarnya.


Sementara itu tambah Salahuddin, berdasarkan tinjauan di sebuah pasar raya di Kota Kinabalu, beliau mendapati terdapat beberapa barangan dijual dengan harga lebih rendah daripada harga kawalan.


Tegasnya, situasi itu menggambarkan peniaga bersama-sama dengan pihak kementerian dalam menjayakan skim tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page