top of page

KPDN pandang serius kekeliruan skim cepat kaya, jualan langsung

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 2
  • 1 min read

ree

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memandang serius penipuan skim cepat kaya yang sering mengelirukan orang ramai sehingga menjejaskan keyakinan terhadap industri jualan langsung yang sah.


Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh (gambar) berkata jualan langsung yang berdaftar berasaskan produk sebenar yang dibeli dan dijual kepada pengguna, manakala skim cepat kaya pula lebih tertumpu kepada kutipan yuran masuk serta usaha mencari orang bawahan dengan produk hanya dijadikan syarat.


"Kekeliruan ini menyebabkan ada yang tertipu, sekali gus menjejaskan reputasi syarikat jualan langsung yang sah serta mencalar imej industri," katanya dalam hantaran di media sosial.


Terdahulu, Fuziah menerima kunjungan daripada Malaysian Direct Selling Industry Distributors Alliance (MDSIDA) bagi membincangkan cabaran yang dihadapi industri termasuk salah faham masyarakat terhadap jualan langsung.


Menurutnya pertemuan itu mencapai kesepakatan untuk memperkukuh advokasi pengguna, meneroka kerjasama dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) serta menilai keperluan memperkasakan Akta Jualan Langsung agar lebih sesuai dengan tuntutan semasa.


"Matlamat kita jelas iaitu melindungi pengguna supaya lebih yakin, bijak dan berani menolak skim penipuan, sambil memastikan industri jualan langsung yang sah terus berkembang dengan imej bersih dan diyakini rakyat," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page