top of page

KPDN mungkin semak semula kuota import minyak, telur



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mempertimbang langkah menyemak semula kuota import bagi minyak masak dan telur ayam.


Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh ketika bercakap kepada pemberita dalam satu program kementerian itu di Labuan semalam.


Menurut Fuziah, semakan semula itu dilihat sebagai satu langkah untuk menangani isu kekurangan komoditi terbabit di pulau bebas cukai ini.


"Saya ambil maklum isu kekurangan bekalan telur, minyak masak, gula dan harga ayam lebih mahal seperti yang dibangkitkan oleh pengguna serta peniaga di sini.


"Kami boleh pertimbang untuk semak semula kuota import bagi telur ayam dan minyak masak dalam usaha membantu menyelesaikan isu kekurangan bekalan kedua-dua barangan keperluan ini," katanya.


Sementara itu, beliau ketika mengulas rungutan sesetengah pengguna yang menyatakan bahawa harga barang di pulau tersebut dijual dengan harga terlalu mahal berkata, perkara itu dalam perhatian dan ia perlu diselesai segera.


Menurut Fuziah sekiranya ia tidak dibendung, beliau bimbang ia akan menyebabkan peningkatan kepada kos sara hidup yang tidak terkawal.


Justeru jelasnya, pihak KPDN akan menyemak semula Program Penyeragaman Harga memandangkan harga barangan di pulau boleh diseragamkan seperti di bandar lain di Sabah.


"Kami faham perbezaan harga antaranya adalah disebabkan oleh isu logistik.


"Sebagai contoh, harga bagi ayam standard di Semenanjung ialah RM9.40 sekilogram manakala di Labuan RM12.30 sekilogram,” katanya.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page