top of page

KPDN, LKIM perkemas kerjasama basmi ketirisan subsidi diesel

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
7 hours ago
1 min read

Usaha bagi mengekang ketirisan subsidi diesel dalam kalangan nelayan akan terus diperkasa, tegas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).


Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) berkata, pihaknya akan terus memperkukuh usaha tersebut dengan kerjasama erat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) termasuk menerusi perkongsian maklumat berkaitan aktiviti nelayan dan data e-Pendaratan.


"Maklumat tersebut menjadi input penting dalam membantu mendapat gambaran menyeluruh aktiviti pendaratan hasil perikanan, penjualan serta penggunaan diesel bersubsidi oleh nelayan.


"Perkongsian data itu penting supaya ada persefahaman yang lebih erat bagi membanteras ketirisan," katanya dipetik laporan media.


Beliau ditemui pemberita selepas mendengar taklimat dan mengadakan lawatan ke Pusat Jualan Diesel (PJD) Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjong Bako di Kuching semalam.


Menurut Dr Fuziah, sejumlah RM6.4 juta nilai rampasan diesel bersubsidi direkodkan membabitkan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) seluruh negara sejak tahun 2024.


Ia hasil daripada 10 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu).


Sementara itu tambahnya, di Sarawak terdapat 17 PJD yang menerima kuota diesel bersubsidi sebanyak 7 juta liter sebulan.


Sistem MyMinyak dan e-Nelayan diguna pakai LKIM juga menurutnya mekanisme berkesan untuk membantu mengelak salah guna subsidi bahan api.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page