top of page

KPDN lancar program Food Bank Wakaf Rahmah



Kerajaan Perpaduan terus melipat gandakan usaha untuk meringankan beban rakyat menghadapi kos kehidupan termasuk membabitkan golongan pelajar.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh semalam merasmikan program Food Bank Wakaf Rahmah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).


Program itu yang menggunakan konsep Food Pantry dijangka akan memberi manfaat kepada 1,000 orang pelajar sekaligus menangani isu kos sara hidup yang membebani mereka.


"Konsep program ini adalah Food Pantry, dengan UNITEN menyediakan tempat penyimpanan sumbangan makanan dari pihak penyumbang serta menyelaras pengagihan sumbangan kepada pelajar mengikut jadual yang ditetapkan," katanya semasa berucap di majlis pelancaran program berkenaan.


Difahamkan program Food Bank Wakaf Rahmah adalah kesinambungan daripada program Food Bank Siswa yang dilaksanakan kementerian sejak Februari 2019.

Namun menurut Fuziah, pendekatan dilaksana di UNITEN adalah berbeza dengan program di institut pengajian tinggi lain.


Program di UNITEN katanya, mendapat sumbangan RM40,000 dari Yayasan Wakaf untuk pembelian mesin pemproses makanan “ready to eat”.


Katanya, melalui proses itu banyak penjimatan boleh dilakukan.


"Bayangkan jika wakaf rahmah ini berjaya membuat penjimatan di aspek ini hanya untuk satu universiti, maka saya percaya lebih banyak lagi kejayaan wakaf yang akan tercetus dengan model sebegini.


"Saya mengharapkan jika hari ini UNITEN menerima wakaf daripada Yayasan Wakaf Malaysia, selepas ini dibangunkan lagi kempen berwakaf untuk dinikmati oleh mahasiswa di universiti yang lain pula," jelasnya dalam ucapan perasmian tersebut.

Fuziah juga berkata program Food Bank Siswa telah diperluaskan kepada 29 Institusi Pendidikan Tinggi, Politeknik serta Institut Pengajian Guru dan telah membantu 21,105 pelajar yang memerlukan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page