top of page

KPDN lancar Pakej Rahmah Insurans, Pakej Rahmah Takaful

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 23, 2023
  • 1 min read


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Pakej Rahmah Insurans dan Pakej Rahmah Takaful pada Selasa.


Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pakej itu ditawarkan dua syarikat takaful dan insurans terkemuka iaitu Allianz Malaysia dan Etiqa yang menawarkan perlindungan komprehensif pada harga berpatutan.


Tambahnya, pelancaran kedua-dua pakej itu adalah seiring dengan hasrat KPDN untuk memperluas pelaksanaan Program Payung Rahmah agar turut meliputi segmen perlindungan diri serta harta benda seperti kenderaan bermotor dan sebagainya.


"Inisiatif Pakej Rahmah Insurans oleh Allianz General diperkenalkan melalui Insurans PerlindunganKu Allianz4All yang menawarkan perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM50,000.


"Pemegang polisi yang dimasukkan ke hospital kerajaan akibat sakit atau kemalangan akan menerima dua manfaat baharu iaitu pembayaran balik perbelanjaan perubatan dan bayaran bantuan kecemasan sekiranya berlaku pemindahan banjir sehingga RM750.


"Manfaat baharu itu ditambah tanpa kos tambahan, dengan premium tahunan pada kadar RM53 dan RM79.50 (termasuk cukai jualan)," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KPDN di Putrajaya semalam.


Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pulai itu berkata Allianz General turut memperkenalkan perlindungan MotorcyclePlus yang bakal menawarkan perlindungan tambahan seperti kemalangan diri sehingga RM10,000 untuk penunggang dan pembonceng motosikal.


Bagi pemegang polisi Allianz MotorcyclePlus Komprehensif pula pemegang polisi menikmati perlindungan Peril Khas dan Bantuan Tepi Jalan sehingga 50 kilometer dan Faedah Bantuan Banjir sebanyak RM1,000 tanpa kos di samping perlindungan sedia ada yang dinikmati oleh pelanggan Allianz MotorcyclePlus.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page