top of page

KPDN lancar Jualan Rahmah Beras, penuhi keperluan rakyat

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Sep 18, 2023
1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melakukan intervensi dalam pasaran untuk mengurangkan kenaikan harga beras import melalui program Jualan Rahmah Beras.


Timbalan Menterinya, Senator Fuziah Salleh berkata, program jualan beras itu akan dijalankan pada Selasa ini.


"Esok kita akan lancar Jualah Rahmah Beras di mana rakyat akan dapat beras dengan harga diskaun dan subsidi oleh kerajaan dibawah KPDN," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan KPDN bagi laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-12).


Jelasnya, langkah tersebut dibuat susulan pihak kementerian mendengar rungutan rakyat yang kecewa dengan kenaikan mendadak harga beras putih tempatan.


"Kita mendengar rintihan rakyat. Ada yang merayu. Saya juga mendengar rintihan rintihan Ahli Parlimen yang mewakili rakyat.


"Maka KPDN cuba mencari jalan bagaimana dalam ruang lingkup bidang kuasa KPDN boleh menyelesaikan isu kenaikan harga beras import dan ketiadaan beras tempatan," ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menjangkakan bekalan beras putih tempatan (BPT) di seluruh negara dijangka pulih dalam tempoh sebulan ini.


Katanya, permintaan yang mendadak oleh pengguna dan peniaga ekoran kenaikan harga beras import sedikit sebanyak mempengaruh bekalan dan harga beras tempatan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page