top of page

KPDN laksana PJRM Kembali ke Sekolah di 269 lokasi, ringan beban ibu bapa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Datuk Armizan menyantuni pengunjung Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Kembali ke Sekolah 2026
Datuk Armizan menyantuni pengunjung Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Kembali ke Sekolah 2026

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Kembali ke Sekolah 2026.


Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, program kali ini menyasarkan 269 siri penganjuran di seluruh negara bermula 20 Disember hingga 11 Januari depan.


Tambahnya, sebanyak 174 pasar raya, pusat beli-belah dan kedai pakaian terlibat dalam pelaksanaan program secara dalam dan luar premis.


"Program ini akan diadakan sepanjang cuti sekolah, dengan pengguna boleh mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa.


"Terdapat 45 hingga 80 Stock Keeping Unit (SKU) ditawarkan seperti pakaian seragam sekolah, kasut, beg dan kelengkapan alat tulis," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.


Orang ramai boleh merujuk Takwim PJRM melalui pautan laman web KPDN untuk mengetahui tarikh dan lokasi penganjuran.


Dalam pada itu, Armizan berkata Kerajaan MADANI memperuntukkan RM300 juta dalam Belanjawan 2026 bagi pelaksanaan inisiatif Payung RAHMAH termasuk bagi penganjuran PJRM di seluruh negara.


Beliau turut menyatakan komitmen KPDN untuk terus memperkasa pelaksanaan PJRM termasuk penambahbaikan dari aspek peluasan kaedah serta golongan sasar.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page