top of page

KPDN kerjasama dengan KPKM pantau bekalan beras



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal mengambil langkah drastik dalam memastikan rantaian pengedaran beras di semua peringkat berjalan lancar.


Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi melaksana penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan pemantauan makanan ruji itu.


"KPDN memberi jaminan akan terus membantu KPKM dalam melakukan pemeriksaan di bawah Ops Jamin di seluruh negara.


"Pada masa sama akan terus menggiatkan penguatkuasaan di bawah perundangan serta bidang kuasa KPDN terutamanya dalam menangani isu penukaran label kampit beras yang dikhuatiri berlaku susulan pelarasan harga baharu beras putih import," katanya.


Dalam kenyataan sama juga Armizan memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis dan nama barangan.


"Di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 boleh dikenakan pelalti denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


"Syarikat boleh didenda sehingga RM250,000,"jelasnya sambil menegaskan kesalahan sama boleh didakwa di bawah Seksyen 12 (1)(q) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang membawa hukuman lebih berat.


Kenyataan tersebut turut menyebut KPDN sentiasa komited melaksana pemeriksaan dan pemantauan beras seluruh negara di samping barang keperluan lain.


Pengguna juga disaran menjadi mata dan telinga kerajaan dengan menyalur maklumat dan laporan lengkap terhadap mana-mana bentuk ketidakpatuhan terutamanya berkait isu beras melalui laman aduan Kawalselia Padi dan Beras di https://skpb.kpkm.gov.my/adu atau bahagian penguatkuasaan KPDN di http://eaduan.kpdn.gov.my atau talian whatapp 019-279 4317 / 019-848 8000.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page