KPDN jamin tiada kenaikan mendadak harga telur ayam
- Suara Keadilan
- 2 days ago
- 1 min read

Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan harga telur ayam terus terkawal walaupun selepas subsidinya dikurangkan.
Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kementeriannya akan terus memantau ketat harga dan bekalan telur dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menaikkan harga barangan mentah itu sesuka hati.
"Saya mengingatkan semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga.
"Saya meningatkan semua pihak masih terikat dengan harga kawalan telur di pasaran," katanya dipetik.
Rabu lalu, kerajaan mengumumkan kawalan harga telur ayam akan ditamatkan, manakala kadar subsidi dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji, sebelum dihentikan sepenuhnya pada 1 Ogos ini.
Menurut Armizan, tempoh kawalan harga serta pemberian subsidi yang terlalu lama tidak mampan bagi kelangsungan industri pengeluar telur tempatan dan kewangan negara.
Keputusan pengurangan subsidi itu dibuat kerajaan setelah dibincangkan sejak sekian lama, dan mengambil kira risiko kenaikan harga serta langkah memastikan bekalan sentiasa berada di pasaran.
"Rakyat boleh salurkan jika terdapat penjualan harga telur tidak mengikut harga kawalan.
"Komitmen KPDN bahawa setiap aduan berkaitan harga kita susur 24 jam, kita akan ambil tindakan segera sekiranya ada pihak naikkan harga telur ini," katanya.
Comments