top of page

KPDN jamin bekalan ayam untuk Aidilfitri mencukupi




Bekalan ayam di seluruh negara untuk Ramadan sehingga Hari Raya Aidilfitri akan datang dipastikan mencukupi.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata jaminan itu boleh diberikan berdasarkan data terkini diperolehi Jabatan Veterinar serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).


Semua pemain industri yang terlibat juga jelasnya telah memaklumkan bekalan ayam cukup dan orang ramai tidak perlu bimbang.


"Kita sentiasa pantau isu bekalan ayam pada setiap hari. Ini tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, MAFS dan Jabatan Veterinar.


"Ini (bekalan cukup) berdasarkan libat urus dan maklumat yang disampaikan kepada KPDN secara umumnya," kata beliau dalam satu program di Bazar Ramadan di Perling Mall, Johor Bahru semalam.


Terdahulu, Salahuddin diminta mengulas dakwaan berlaku kekurangan bekalan ayam yang menyebabkan harga bahan mentah itu naik 20 sen.


Mengulas dakwaan itu Salahuddin berkata pihaknya memandang serius setiap aduan dan berharap maklumat berkaitan perkara itu diberikan secara terperinci kepada KPDN agar pihak penguat kuasa dapat melakukan pemantuan.


"Kadang-kadang ada masalah antara pembekal dengan peruncit hingga mengakibatkan bekalan tidak cukup.


"Nasihat saya kepada peniaga, patuhi arahan. Kerajaan letak harga kawalan untuk harga ayam RM9.40 sekilogram, harga siling ini perlu dipatuhi. Sekiranya berdepan masalah 'supply' atau perlu bantuan KPDN, kita sedia membantu," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page