top of page

KPDN bincang dengan Johor, teroka peluang ekonomi negara jiran



Perbincangan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kerajaan Negeri Johor bakal diadakan bagi memperkasa potensi ekonomi sempadan di negeri ini.


Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata perbincangan itu bagi meneroka potensi perniagaan di dua buah negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia.


Susulan itu jelasnya, satu jawatankuasa bersama antara kedua-dua pihak akan ditubuhkan agar perbincangan dapat dibuat secepat mungkin.


"Saya akan hubungi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam tempoh terdekat supaya mesyuarat khas dibuat agar kita dapat kenal pasti peluang dan lokasi strategik untuk pelaksanaan ekonomi sempadan ini.


"Perlu ada Jawatankuasa Bersama antara KPDN dengan kerajaan Johor untuk membangunkan secara besar-besaran mengenai prospek dan peluang ekonomi sempadan melibatkan Singapura dan Indonesia.


"Sebagai contoh, sektor perkhidmatan yang telah dibangunkan secara komersial adalah industri pembersihan seperti mencuci kereta yang memberi pulangan lumayan, jadi kenapa kita tidak teroka bidang lain untuk merancakkan lagi kegiatan ekonomi tempatan di kawasan sempadan kita," katanya dipetik.


Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai menambah, KPDN juga akan melakukan libat urus dengan kerajaan Sabah dan Sarawak memandangkan kedua-dua sempadan di wilayah Borneo itu juga memiliki potensi ekonomi komersial yang besar.


"Selepas Johor kita adakan sesi libat urus di Sabah dan Sarawak pula kerana sempadan sana mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan," katanya melihat peluang dari limpahan ekonomi pembangunan ibu negara baharu Indonesia baharu iaitu di Nusantara.


"Jadi kita perlu ada perancangan awal, tidak boleh ketinggalan," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page