top of page

KPDN berhasrat manfaat teknologi AI perkukuh sempadan negara



Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam usaha memperkukuhkan kawalan keselamatan di sempadan negara

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) yang ditubuhkan 1 Mei lalu kini merupakan agensi tunggal menyelia kawalan keselamatan sempadan perlu memberi penekanan khusus mengenai penggunaan teknologi terkini.


"Sekarang kita dah ada (MCBA), jadi bagaimana kita nak manfaatkan teknologi dan inovasi dalam bidang kawalan keselamatan di sempadan dan kerana itu KDN sangat teruja untuk melihat aspek sekuriti ini supaya membentuk satu negara yang selamat dan terjamin," katanya dipetik.


Terdahulu beliau bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meninjau persiapan terakhir Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Sementara itu ketika menyentuh mengenai DSA beliau berkata, ia akan menjadi salah satu acara utama dalam industri pertahanan dan Keselamatan di seluruh dunia serta berfungsi sebagai platform bertukar pandangan mengenai maklumat produk, sistem terkini yang penting bagi agensi penguatkuasa undang-undang dan pihak industri berkepentingan di peringkat serantau dan global.


Selain menjadi platform untuk menangani isu-isu mendesak, penganjuran acara ini juga memainkan peranan penting dalam memupuk kerjasama antara agensi, perkongsian pengetahuan berkenaan strategi dan tindak balas yang penting dalam mengemudi kawasan keselamatan yang kompleks.


"Dalam kita menghadapi suasana persekitaran keselamatan yang tidak menentu, penyelarasan dan integrasi lebih baik antara agensi keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan di peringkat nasional dan antarabangsa adalah menjadi salah satu keutamaan," tegasnya.


Pameran DSA dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai hari ini sehingga 9 Mei ini.


Ia walau bagaimanapun terbuka hanya kepada delegasi peringkat tinggi, kakitangan kerajaan, profesional dan eksekutif dalam industri pertahanan dan keselamatan serta polis dan agensi penguatkuasaan sahaja.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page