top of page

KPDN bakal lancar skim jualan pakaian raya Rahmah



Sempena ketibaan musim perayaan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperbanyakan inisiatif meringankan beban rakyat terutama golongan B40.


Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub semalam menguar uarkan inisiatif skim jualan pakaian Raya Rahmah.


Menurutnya, sebuah gergasi industri tekstil terkenal tanah air telah menyatakan kesediaan membantu menjayakan hasrat tersebut bermula Ramadan ini.


Syarikat gergasi tekstil itu jelasnya telah memberi jaminan kualiti pakaian akan dijual nanti setanding pakaian premium, sekali gus sebagai satu usaha membantu KPDN menggembirakan rakyat berpendapatan rendah meraikan Aidilfitri.


"Pagi tadi saya ditemui dua ‘big bos’ syarikat itu dan mereka berbincang untuk saya sendiri melancarkan jualan Raya Rahmah dijangka pada 24 Mac ini," katanya.


Salahuddin sebelumnya ditemui selepas merasmikan Rahmah Raya di bawah Program Payung Rahmah di cawangan terbaharu pasar raya Aeon, di Putrajaya.


Pada majlis berkenaan, beliau juga menyerahkan pek berisi barang keperluan harian serta persiapan Ramadan kepada 20 individu dari keluarga B40 sebagai tanda simbolik acara.


Sementara itu ketika menyentuh mengenai sambutan ramai terhadap Program Payung Rahmah, Salahuddin berkata, beliau membayangkan kini bersedia membuat sesi libat urus dengan pihak pengilang untuk dapat menjual bahan mentah pada harga ‘Rahmah’.


Langkah itu jelasnya sekali gus mampu membantu peniaga runcit mampu menjual balik kepada pelanggan dengan harga rendah di pasaran.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page