top of page

KP Kesihatan, frontliners sudah banyak berkorban, MP Bintulu perlu minta maaf


Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN menggesa Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing supaya menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kerana menghina dan memperlekehkan beliau selaku wakil petugas barisan hadapan.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berpandangan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Tiong jelas melanggar peraturan mesyuarat 36(9) Dewan Rakyat.


"Semasa perbahasan, ahli parlimen tidak boleh menghina atau menggunakan perkataan yang memperlekehkan sesama ahli parlimen dan kakitangan kerajaan.


"Perkara ini didengar sendiri oleh timbalan speaker ketika itu. Jadi selari dengan peraturan, saya meminta supaya ahli parlimen Bintulu tarik balik perkataan yang menghina Ketua Pengarah Kesihatan," katanya.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin pula menganggap tindakan Tiong adalah amat luar biasa kerana beliau seolah-olah tidak memahami tugas sebagai seorang ahli parlimen kerajaan.


"Ia sesuatu yang amat luar biasa dan rasanya buat pertama kali dalam sejarah, seorang pegawai kerajaan dikutuk dan dihentam teruk serta diperlekeh oleh ahli parlimen kerajaan sendiri.


"Pembangkang pula mempertahankan pegawai kerajaan. Kita bukan nak main politik, tapi nak pertahankan kebenaran," katanya.


Malah, Tiong seolah-olah memperlekehkan keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh pemimpin yang disokongnya sendiri iaitu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Tugas Ketua Pengarah Kesihatan adalah memberi cadangan berasaskan fakta dan sains mereka membawa cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).


"MKN akan menetapkan SOP tertentu berdasarkan cadangan, dengan keputusan dibuat oleh MKN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Jadi adakah bermaksud Yang Berhormat Bintulu menghentam Perdana Menteri sendiri yang mana beliau adalah ketua kepada parti kerajaan?


"Ini sesuatu yang tidak munasabah, kita mahu Yang Berhormat Bintulu sebagai ahli parlimen yang sudah berkhidmat begitu lama, beliau kena faham tentang proses-proses mentadbir negara dan SOP yang ditetapkan.


"Kalau boleh, pergilah berjumpa dengan MKN, bukanlah memperlekeh pegawai kerajaan," katanya.


Pada masa sama, Sim menyeru rakyat supaya menghargai jasa dan pengorbanan Dr Noor Hisham serta semua petugas barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19.


"Bagi Dr Noor Hisham, saya harap dia tidak patah semangat terhadap insiden ini, beliau mewakili frontliner telah banyak mengorbankan diri untuk mempertahankan rakyat dan negara.


"Saya lihat ada ramai frontliner dari Kelantan, mereka pergi berkhidmat ke Sabah, mereka berpisah dengan anak dan keluarga demi untuk membantu di Sabah.


"Mereka ini tidak takut mati, sanggup mengorbankan diri dan rakyat terhutang kepada frontliner seperti pegawai kerajaan, doktor, jururawat, dan Ketua Pengarah Kesihatan sendiri.


"Saya harap Ahli Parlimen Bintulu mohon maaf, bukan sahaja kepada Dr Noor Hisham, tetapi juga kepada semua doktor dan jururawat yang mengorbankan diri mereka," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page