top of page

Kota Madani: Konsep bandar dilengkapi institusi pengajian, budaya warisan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

DS Anwar begitu berminat dengan konsep Kota MADANI dilengkapi institusi pendidikan. Foto: FB Anwar
DS Anwar begitu berminat dengan konsep Kota MADANI dilengkapi institusi pendidikan. Foto: FB Anwar

Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berharap perancangan pembangunan Kota MADANI dapat berjalan dengan lancar dan dilaksanakan sebaik-baiknya demi manfaat bersama.


Beliau berkata, konsep Kota MADANI menekankan penyediaan kemudahan asas yang menyeluruh dan berpusat, dengan tujuan utama memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan.


''Sewaktu pembentangan konsep tersebut hari ini (semalam) saya dimaklumkan bahawa antara kemudahan yang dirancang termasuk sekolah menegak, institusi TVET, institusi kewangan, klinik kesihatan, balai bomba, balai polis dan sebuah masjid.


''Semuanya akan dibangunkan berdekatan kawasan perumahan dan fasa pertama melibatkan pembinaan sekitar 3,000 unit kediaman.


"Sebuah sekolah menegak juga dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang hujung 2027,'' katanya dalam muat naik di Facebook beliau.


Menurut Anwar yang juga Presiden KEADILAN, reka bentuk masjid dan sekolah dalam pembangunan itu akan menampilkan unsur budaya tempatan, sejajar dengan usaha mengekalkan seni bina dan warisan.


Justeru katanya, diharap segala perancangan berjalan dengan lancar dan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi kebaikan bersama.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page