top of page

Kota Madani: Fitnah pempengaruh meleset, penjawat awam jimat RM1,000

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 30
  • 1 min read
Kota Madani projek yang digalakkan PM untuk memberi kemudahan kepada penjawat awam. Foto: FB Anwar
Kota Madani projek yang digalakkan PM untuk memberi kemudahan kepada penjawat awam. Foto: FB Anwar

Fitnah pempengaruh pro pembangkang kononnya kerajaan berbohong bahawa pembangunan Kota Madani di Putrajaya boleh memberi penjimatan kepada penjawat awam dijawab oleh skuad Biar Betul hari ini.


Menurut muat naik yang disiarkan laman web utama kerajaan itu, Kota Madani dibangunkan dengan tujuan utama untuk membina kuaters penjawat awam yang sejak dua dekad lalu tiada pembinaan baharu di Putrajaya.


Maka dengan nilai sewaan yang rendah apabila kota berkenaan siap, tidak mustahil pejawat awam boleh berjimat.


"Dakwaan dibuat pempengaruh pembangkang yang dakwa projek tak untungkan kakitangan kerajaan.


"Semakan pasukan biar betul, tukang tuduh tak tahu Kota Madani dibangun bagi penuhi keperluan penjawat awam


"Hal itu perlu kerana tiada kuaters baharu dibina di Putrajaya sejak 20 tahun lalu," kata siaran tersebut.


Selain itu, Menteri Wilayah juga menegaskan pembangunan akan membolehkan penjawat awam yang memenuhi senarai menunggu mencecah 17,000 permohonan mendapat kediaman yang selesa dengan harga terendah.


"Sebaik diduduki pengguna (kakitangan kerajaan) boleh jimat banyak kerana bayaran kuaters lebih rendah bebanding sewa rumah.


"Penghuni juga jimat duit petrol kerana tempat kerja dekat, sekolah dekat. Tanpa formula rumit pun pempengaruh akan perasan di mana datangnya penjimatan," kata siaran itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page