Kos sara hidup meningkat, kerajaan perlu campurtangan - Farhash



Peningkatan harga bahan mentah seperti makanan akan menjejaskan kualiti kehidupan rakyat Malaysia pada masa hadapan.


Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Farhash Wafa Salvador mahu Kerajaan Persekutuan meneliti perkembangan terkini bagi menghasilkan pelan tindakan segera.


"Peningkatan harga bahan mentah seperti ikan dan ayam meresahkan sebahagian besar rakyat Malaysia beberapa minggu lalu terutamanya mereka dari golongan yang berpendapatan rendah selepas pengeluar tidak lagi mempunyai kemampuan untuk memenuhi permintaan daripada pasaran.


"Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, harga barangan di kilang juga berlaku peningkatan secara mendadak dan ianya turut merangkumi harga minyak kelapa sawit yang kian meningkat pada ketika ini.


"Secara tidak langsung, ianya bakal memberi tekanan yang berlipat kali ganda terhadap ekonomi negara dan kos sara hidup rakyat yang pada hakikatnya masih lagi bergelut dalam proses pemulihan selepas mengharungi penderitaan panjang berikutan penularan wabak Covid-19," katanya.


Menurut beliau lagi, kerajaan BN perlu campurtangan bagi mengurangkan impak peningkatan harga makanan dan kos sara hidup tersebut.


"Keperluan amat mendesak bagi kerajaan campurtangan dalam menangani masalah tersebut dan sekurang-kurangnya meneliti semula beberapa dasar yang dirangka seperti Industri Agromakanan Negara supaya ianya memberi kesan yang lebih efektif," katanya.


Farhash juga meminta kerajaan BN melihat masalah kekurangan tenaga kerja yang timbul melibatkan buruh asing yang bakal memberi impak terhadap inflasi global jika berlanjutan dalam jangka masa yang lebih lama.


Katanya, kerajaan perlu mengakui Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai tahap kebergantungan tinggi terhadap tenaga kerja asing, dan kerajaan perlu mencari jalan bagi mengatasinya secepat mungkin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER