top of page

Kos sara hidup melambung, didik rakyat gunakan kuasa undi PRU 15



Rakyat yang kurang dididik menggunakan kuasa undi di tangan mereka merupakan salah satu punca kekalahan Pakatan Harapan dalam siri Pilihan Raya Negeri, termasuk di Johor pada 12 Mac lalu.


Menurut Naib Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Datin Faizah Ariffin, menjadi tugas Wanita KEADILAN untuk mendidik rakyat, khususnya kaum wanita agar celik menggunakan kuasa undi mereka dalam Pilihan Raya (PRU) Umum ke 15.


Apatah lagi, katanya, dalam PRU nanti 5 juta pengundi muda akan mula menunaikan tanggungjawab di peti undi.


"Kos sara hidup melambung naik hingga tak tercapai akal ini kalau dibanding dengan harga barang pada zaman Pakatan Harapan memerintah walau hanya 22 bulan tetapi tidaklah seperti ini.


"Kita tengok waktu itu ayam paling tinggi RM6.20 sekilo. Kita lihat bulan Ramadan, hari raya dan sebagainya tidak melebihi RM6.50 kerana dikawal oleh kementerian yang bertanggungjawab. Begitu juga telur, daging, sayur dan semua keperluan lain termasuk minyak masak.


"Fakta ini yang perlu dilihat oleh anak muda (sebelum membuat pilihan), setelah Undi 18 diluluskan. Anak muda umur 18 apa yang mereka tahu?


"Siapa yang mereka nak pilih? Sekolah negara kita tak ada pendidikan politik secara formal. Tetapi 5 juta ini akan mengambil bahagan dalam PRU akan datang.


"Ini peranan yang kita perlu ambil sebagai sebuah parti politik untuk memaklumkan kepada mereka supaya tidak tersalah pilih pada PRU 15," tanya dalam forum maya Borak Feminin, malam tadi.


Bagi Faizah, selain pengundi baharu pengundi kaum ibu juga perlu dididik agar memilih kerajaan yang betul.


Katanya, jika mereka bosan dengan politik atau tidak mahu ambil tahu maka selama lamanya mereka akan berasa kesukaran untuk menyediakan makanan cukup gizi buat anak anak di rumah.


"Wanita ini ada anak anak dan kita tahu betapa sukar seorang ibu perlu mengadakan makanan di atas meja apabila anak anak pulang dari sekolah.


"Sebelum pandemik Covid 19 pun rakyat banyak dalam kategori B40 atau miskin. Bila berlakunya pandemik ramai pula kena buang kerja, cuti tanpa gaji dan sebagainya. Tentulah pendapatan mereka terkesan. Bagaimana ibu ibu mahu menyediakan nutrisi yang baik untuk anak anak mereka.


"Ibu yang ada 2 - 3 orang tentu alami kesukaran nak beri makanan kepada anak anak mereka," katanya.


Faizah yang juga penaung kepada beberapa persatuan ibu tunggal menambah, kenaikan kos hidup turut menyebabkan kehidupan wanita dan ibu tunggal menjadi lebih menderita.


Namun katanya, kerajaan pusat sebaliknya gagal memperkenalkan skim bantuan yang berpatutan untuk rakyat dalam kategori berkenaan biar pun banyak daripada ibu tunggal itu sukar untuk bekerja tetap.


"Kalau ibu tunggal lebih muda, sekitar 30 - 40an maka ada masalah anak anak. Kalau muda sikit tak ada anak boleh bekerja waktu pejabat.


"Golongan 30an memang mereka memerlukan satu inisatif kerajaan untuk membantu mereka (kerana sukar meninggalkan anak anak). Di Selangor banyak inisiatfi bagi golongan sebegini. Misalnya tak boleh kerja luar maka boleh berniaga kecil dan kerajaan negeri bantu beri pinjaman modal, bolehlah berniaga online.


"Kerajaan pusat pula bagaimana? Saya tak nampak ada kesungguhan bantu golongan ini. Waktu Dr Wan Azizah (sebagai menteri wanita) dulu kita nampak skim i suri. Tetapi ia baru diperkenalkan dan PH runtuh pula. Itulah saya mohon sangat rakyat kembali kepada fitrah (memikirkan politik yang terbaik)," katanya.

0 comments

Comentarii


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page