top of page

Kos perubatan: Respons segera kerajaan langkah tepat - Sim

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 27
  • 1 min read

Oleh: Helmi Mohd Foad


Kerajaan mengambil langkah yang tepat apabila memberikan maklum balas segera terhadap kebimbangan rakyat berkaitan kenaikan kos insuran perubatan di negara ini.


Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata, banyak pihak bersikap skeptikal terhadap kerajaan yang dirasakan tidak mengambil berat kos penjagaan kesihatan rakyat selain syarikat korporat besar hanya mementingkan keuntungan.

"Namun, dua berita positif telah berlaku minggu ini. Pertama, Menteri Kesihatan dan Menteri Kewangan II telah bersama-sama mempengerusikan mesyuarat pertama untuk menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan swasta.


"Akhirnya kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama dan tidak lagi bertindak secara bersendirian. Ini adalah langkah pertama yang betul," katanya dalam hantaran di Facebook.


Sim yang juga anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata, pengendali insuran dan takaful (ITO) telah memberi maklum balas terhadap seruannya agar pemulihan semula automatik Insurans Perubatan dan Kesihatan dilanjutkan di bawah langkah interim Bank Negara Malaysia (BNM).


"Ini akan membantu pemegang polisi yang terpaksa menghentikan perlindungan insuran mereka akibat kenaikan mendadak harga insurans kesihatan tahun lalu," ujarnya.


Jelas beliau, kedua-dua pengumuman tersebut merupakan petanda baik bahawa kerajaan dan sektor swasta sedang memberi respons kepada kehendak rakyat.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua orang menteri dan pihak ITO atas usaha mereka membantu rakyat dan pemegang polisi.


"Rakyat juga tidak seharusnya berputus asa dan kita mesti bekerjasama untuk membawa perubahan. Perubahan sebenarnya boleh berlaku," kata beliau.


Sebelum ini, BNM dalam Simposium Sasana 2025 telah membentang pembaharuan dalam ekosistem perubatan negara melalui lima strategi dikenali sebagai RESET.


Jawatankuasa RESET yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan II dan Menteri Kesihatan akan melaksanakan reformasi berasaskan lima teras utama dan 11 inisiatif antaranya rombakan skim perlindungan Insuran/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT).

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page