Kos penanam padi tinggi, adakah kerajaan akan buka sekatan harga?



Kos penanaman padi yang tinggi terpaksa ditanggung oleh pesawah dilihat tidak adil ketika kerajaan tidak mampu memberi lebih banyak subsidi.


Ahli Parlimen Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH - Kulim Bandar Baharu) bertanya apakah kerajaan akan membuka sekatan kepada harga padi untuk petani mendapat lebih banyak perolehan dari hasil usaha mereka bagi menampung kos.


"Saya semak bajet untuk memberi subsidi bagi industri padi, bajetnya lebih kurang sama. Tetapi kos untuk mengerjakan sawah semakin meningkat. Itu fakta pertama. Di sisi lain harga beras dikawal RM2.60 sen sekilo manakala harga minimum terjamin padi adalah RM1.20 sekilo. Jadi jurang RM1.20 harga padi dan RM2.60 sen, di situlah pesawah padi, pemain, pengilang, pemborong peruncit (mendapatkan untung).


"Jadi berhempas pulas bagaimanapun penanam padi nilai padi, mereka (ada setakat) RM2.60 sahaja.


"Saya ingin bertanya ketika Bernas memegang monopoli import 30%, 60% adalah beras vietnam. Adakah Kementerian bersedia untuk harga beras tempatan tidak dihadkan harganya, yang dihadkan harga beras import," katanya.


Menurut beliau, sekiranya hal itu dilakukan, pengguna beras di dalam negara masih boleh membeli beras import sebagaimana yang berlaku sekarang.


"Kalau ditanya adakah ini memberi kesan kepada golongan pembeli tertentu, jawapnya tidak, mereka masih ada pilihan beli beras import. Jadi industri ini sangat tidak adil untuk penanam padi.


"Apakah kerajaan sedia untuk membuka sekatan harga beras yang diusahakan oleh penanam padi tempatan, pada ketika tanggungan subsidi kerajaan terus membengkak," katanya lagi.


Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menjawab kerajaan sedang mengambil pertimbangan mengimbangi kos pembelian harga beras dan kos pesawah, pertimbangan dibuat berdasarkan pendapatan pesawah dan kos pembelian harga beras.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER