top of page

Kos MyKiosk 2.0 tinggi: Tengok dulu spesifikasi, jangan tuduh pembaziran - Onn

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 2 min read


Dakwaan pihak pembangkang dan warga net di media sosial kononnya kos pembinaan MyKiosk 2.0 terlalu tinggi disebab penyelewengan atau pembaziran amatlah tidak tepat.


Bagi Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, pihak yang menuduh itu perlu melihat spesifikasi pembinaan MyKiosk 2.0 di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum membuat dakwaan melulu.


"Tengok dulu spesifikasi itu macam mana.. jangan main hentam keromo saja.


"MyKiosk ini peranannya dimainkan PBT masing-masing termasuk kosnya.


"Tak mungkin PBT terlepas (pandang) daripada ikut spesifikasi itu malah spesifikasi tersebut telah dipersetujui oleh semua pihak," katanya ke-pada suara Keadilan.

Onn Abu Bakar
Onn Abu Bakar

Sebelum ini pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tampil menjernihkan dakwaan bahawa harga MyKiosk terlalu mahal.


Kementerian menyatakan kos meningkat daripada RM15,000 (MyKiosk 1.0) kepada RM25,000 (MyKiosk 2.0) kerana penambahbaikan spesifikasi reka bentuk yang lebih mesra pengguna, dilengkapi tenaga solar dengan kapisiti yang lebih besar dan peningkatan sistem elektrikal seperti lampu LED bagi mendapatkan pencahayaan yang lebih optimum.


Menurut KPKT, sistem mekanikal juga dinaiktaraf melibatkan tingkap jenis hidraulik dan rak mudah laras untuk susun atur produk. Walaupun terdapat penambahan spesifikasi, kadar sewaan tetap rendah iaitu tidak melebihi RM300 sebulan.


Manakala dakwaan Mykiosk seperti projek gajah putih di sesetengah kawasan kerana tidak ditempat mana mana penjaja di sana, kata Onn, berkemungkinan pihak PBT masih menapis penjaja kecil yang mahu diletakkan di kawasan tersebut.


"Tak betul label (MyKiosk) sebagai projek gajah putih.. ia mempunyai banyak peringkat.


''Kita nak pilih orang yang betul-betul layak.. mana boleh main hentam saja.


''Tujuan pembangkang itu tak betul.. kalau ada kiosk belum diisi, itu peranan PBT untuk (bawa) ke depan dan penuhkan.


''Ada (kiosk) yang kosong itu sebab nak temuduga terlebih dahulu,'' katanya yang juga Setiausaha Politik Pejabat Presiden KEADILAN.


Terdahulu, laporan media menyebut sebanyak 2,653 unit MyKiosk 2.0 sudah diserahkan kepada penjaja kecil di seluruh negara setakat ini.


Jumlah berkenaan meliputi 65.44 peratus daripada 4,054 kios yang diluluskan KPKT dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).


Projek MyKiosk itu merupakan inisiatif kementerian dalam membantu golongan B40 dan peniaga perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) secara menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat dan selesa.


Projek itu bertujuan meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi penduduk setempat melalui penyediaan kiosk perniagaan dengan kadar sewaan yang rendah.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page