top of page

Kos CCTV baharu di Kuala Lumpur RM41 juta setahun



Kos perolehan kamera litar tertutup (CCTV) baharu di Kuala Lumpur sebanyak 2,909 unit adalah RM41,616,720 setahun. Kos tersebut termasuk sewaan untuk 6 tahun, naik taraf kamera, naik taraf papan maklumat elektronik, videowall dan sistem pengecaman wajah.


Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berhubung pemasangan 5,000 CCTV baharu yang bakal ditempah dan kosnya mengikut kawasan Parlimen juga kos keseluruhan.


"Bagi 1,522 unit CCTV Kawasan Perumahan Awam DBKL dan Program Perumahan Rakyat adalah sebanyak RM6,333,000 setahun. Juga 49 unit CCTV APEC 2020 berjumlah RM7,600,000 setahun (peruntukan Kementerian Dalam Negeri) bagi sewaan selama 6 tahun


"Manakala 1,200 unit CCTV bagi River of Life sedang dalam pertimbangan Kementerian Kewangan," kata Annuar.


Menyentuh pertanyaan lokasi pemasangan kamera, kenyataan itu menyebut, CCTV dipasang berdasarkan keperluan sesuatu kawasan.


"Lokasi pemasangan ditentukan kepada fungsi khusus, seperti pemantauan trafik, pencegahan jenayah, vandalisme, pemantauan keselamatan, banjir kilat atau bencana.


"Misalnya, pemasangan CCTV di kawasan hot spot jenayah yang dikenalpasti dan dipantau oleh Polis Diraja Malaysia, pemasangan CCTV di mana-mana kawasan Parlimen di Kuala Lumur pula dipertimbangkan mengikut keperluan dan justifikasi," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page