top of page

Kos bina MyKiosk lebih tinggi, tempahan tidak secara borong

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Isu yang ditimbulkan oleh pempengaruh tertentu kononnya harga MyKiosk jauh lebih rendah berbanding kos yang didedahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak perlu dijadikan isu kerana pembinaan kiosk itu ditender oleh pihat berkuasa tempatan (PBT).


Beberapa jawapan di media sosial berkaitan isu berkenaan mewakili KPKT boleh diterima dengan alasan yang logik.


Misalnya, setiap PBT mempunyai keperluan yang berbeza daripada segi bilangan dan lokasi kiosk yang diperlukan.


''Dengan membenarkan PBT membuat perolehan sendiri, keperluan sebenar di peringkat akar umbi dapat dikenal pasti dan dipenuhi dengan lebih tepat,'' kata salah satu penjelasan di media sosial.


Selain itu, pembelian pukal secara berpusat yang boleh mengurangkan kos tidak dilakukan kerana ianya membuka peluang kepada kontraktor kecil Bumiputera.


Apabila perolehan dibuat secara berpusat, hanya syarikat besar yang mampu menyaingi skala dan keperluan tender.


Dengan pendekatan PBT sebagai pelaksana, projek itu memberi ruang kepada kontraktor kecil (G1 & G2) yang majoritinya Bumiputera untuk menikmati kontrak menyediakan kiosk.


''Inilah semangat sebenar Madani iaitu peluang untuk semua dan bukannya hanya untuk yang besar.


''Jika pembelian dikawal secara berpusat, ia membuka ruang kepada monopoli, syarikat besar mendapat laba besar dan yang kecil terus tertindas.


''Peribahasa mudah ialah yang besar makan ikan jerung, yang kecil hanya mampu hirup kuah ikan bilis.


''Pendekatan melalui PBT bukan sahaja membela kontraktor kecil, malah merangsang ekonomi tempatan secara lebih seimbang,'' ujar kementerian itu lagi.


Tindakan tersebut bukanlah kelemahan polisi sebaliknya satu bentuk keberanian dalam menstruktur semula pengagihan peluang ekonomi agar lebih adil, menyeluruh, dan saksama.


Untuk rekod, projek MyKiosk KPKT adalah inisiatif KPKT untuk membantu golongan B40 dan peniaga perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dengan menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat dan selesa.


Projek itu bertujuan meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi penduduk setempat melalui penyediaan kiosk perniagaan dengan kadar sewaan yang rendah.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page